13/1/2021- Menara KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan sesi webinar bertajuk “JOM CIPTA KERJA (SIRI 4)” melalui platform Zoom. 

 
Sesi webinar ini telah dikendalikan oleh speaker jemputan iaitu Pn Julia Md Zain daripada Perbadanan Nasional Berhad (PNS). Pn Julia berpengalaman lebih 11 tahun dalam pengurusan francais di PNS dan kini bertugas di Franchise Marketing and Development Department di PNS.
 
Pn Julia telah berkongsikan ruang dan peluang belia dalam perniagaan francais. Pelbagai inisiatif dan program yang disediakan oleh PNS telah dikongsikan oleh Puan Julia, termasuklah pembiayaan yang ditawarkan melalui Program Business in Transformation, YOUNITY, dan SWEET. 
 
Seramai 50 orang belia telah menyertai program ini.
 
#BahagianPembangunanBelia #TeamKBS #EkonomiNadiBelia #Belia2021