Bahagian Pembangunan Belia

 

PUTRAJAYA, 29 MAC 2022 - Ketua Pengarah JBSN, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad menyampaikan pembentangan bertajuk Aktif Bersama KBS di webinar khas sempena Minggu Obesiti Malaysia 2022 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO).

Program yang dianjurkan secara dalam talian tersebut membincangkan pelbagai perkara berkaitan obesiti dengan bertemakan "Let's Beat Obesity Together".

Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sentiasa komited di dalam memastikan agenda membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat diperkasakan menerusi penganjuran program dan aktiviti di peringkat akar umbi.

Menurut Tuan Mohd Azhari, program dan aktiviti yang dianjurkan memberikan penekanan kepada aspek kecergasan dan kesihatan bagi memastikan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat dipertingkatkan.

"Menerusi amalan gaya hidup aktif dan sihat, orang ramai boleh menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit termasuklah obesiti.

"Justeru, JBSN banyak menganjurkan program dan aktiviti secara fizikal dan dalam talian bagi meningkatkan kesedaran dan melibatkan penyertaan orang ramai seperti Malaysia Sports League (MSL), KBS Fit & Active, MyFit @ Community dan banyak lagi," tambah beliau.

Perasmian webinar telah disempurnakan Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

25 Mac 2022- Kem Wawasan Lipis. Wakil Team Belia telah selesai Sesi Pembentangan ANDA Trainer kepada peserta Kursus Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan (KKKBS) 2022. Team Belia telah menyampaikan beberapa modul antaranya Modul Pengurusan Mesyuarat, Modul Pengurusan Efektif, Modul Literasi Kewangan, Modul Dasar Belia Malaysia, Modul Aku Seorang Pegawai Belia dan Sukan, Modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Modul ANDA Trainer dan Modul Pengurusan Acara yang berlansung sepanjang 22 hingga 27 Mac 2022.

25 Mac 2022- Team Belia telah selesai Sesi Pengurusan Acara (Majlis Makan Malam) peserta Kursus Kepegawaian Kementerian Belia dan Sukan (KKKBS) 2022. Aktiviti pada malam ini adalah kesinambungan simulasi perbincangan daripada peserta dalam melaksanakan acara.

JEMPOL, NEGERI SEMBILAN - Majlis Perasmian Penutup Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2022 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs. Tuan Encik Mohd Azhari Bin Mohammad. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Zainah Binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia dan Encik Zul Fadhli Bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.