Bahagian Pembangunan Belia

 

GEORGE TOWN, 23 APRIL 2022 - Bagi memperkasakan pelaksanaan program dan aktiviti melibatkan perspektif ekonomi belia, JBSN menerusi Bahagian Pembangunan Belia telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Ekonomi Belia dengan penyertaan daripada kepelbagaian pemegang taruh.

Bengkel yang berlangsung di salah sebuah hotel di Persiaran Gurney ini diadakan bagi menyemak, mengemaskini, meneliti dan memperkukuhkan pelaksanaan program pembangunan belia seiring dengan aspirasi yang ditetapkan di bawah Pelan Strategik KBS 2021-2025.

Menurut Ketua Pengarah JBSN ketika menyampaikan amanat, Tuan Mohd Azhari Mohammad, semakan dan kajian keberkesanan program akan sentiasa dilaksanakan JBSN bagi memastikan setiap inisiatif dijalankan memberikan impak selain seiring dengan kehendak semasa.

"Ekonomi belia merupakan salah satu teras di bawah pembangunan belia melibatkan perspektif pemerkasaan ekonomi, latihan keusahawanan, belia tani dan sebagainya.

"Semoga pelaksanaan bengkel ini dapat memberikan impak menerusi penerokaan solusi yang efektif, komprehensif dan holistik terutamanya dengan penglibatan terus pegawai dan warga kerja di lapangan selain sokongan daripada agensi luar seperti Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan sebagainya," tambah beliau.

Turut bersama, TKP (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff dan Pengarah JBS Negeri Pulau Pinang, Encik Mozakir Buyong Mokhtar.

Ditulis oleh: Media JBSN

Putrajaya, 8 April 2022 - Bahagian Pembangunan Belia melaksanakan Sesi Taklimat "Pembudayaan Integriti Berlandas Urus Tadbir Yang Cemerlang" yang disampaikan oleh Pn. Geetha Ramachandran, Ketua Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan. Sesi dimulakan dengan ucapan aluan YBrs. Dr. Zainah Shariff Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia. Sesi taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengukuhkan budaya integriti sebagai penjawat awam

KUALA LUMPUR, 15-17 April 2022 – Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mengadakan Kursus Agroyouth Trademark Do-It-Yourself Tahun 2022 bertempat di Koptown EDC Hotel bermula 15 sehingga 17 April 2022. Kursus selama 3 hari 2 malam ini melibatkan seramai 19 orang peserta dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada prinsip am perlindungan jenama di bawah Akta Cap Dagangan 1976, memberi pemahaman kepada para peserta tentang cap dagangan berdaftar bagi sesuatu produk atau perkhidmatan, serta memberi bimbingan dari segi prosedur pendaftaran cap dagangan.
 
Pengisian kursus merangkumi taklimat Harta Intelek dan Kepentingan Mendaftarkan Cap Dagangan; Bengkel Carian Trademark; Taklimat Pelan Kelangsungan Perniagaan, serta  Taklimat Memacu Jualan dan Meningkatkan Keuntungan. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hartini binti A. Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara pada 17 April 2022.

 

PUTRAJAYA, 14 APRIL 2022 - Bagi memastikan pengoperasian dan pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mencapai tahap optimum dan memberikan perkhidmatan berkesan, satu Mesyuarat Penyelarasan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) telah diadakan secara hibrid langsung dari Menara KBS.

Mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pengarah, Tuan Mohd Azhari Mohammad ini antara lain menyentuh mengenai beberapa sasaran yang yang telah ditetapkan pengurusan tertinggi antaranya kewangan, program dan aktiviti, komunikasi dan penjenamaan, prasarana dan sebagainya.

Menurut Tuan Mohd Azhari, KPI yang ditetapkan ini merupakan satu keperluan tertinggi yang perlu dicapai seluruh warga JBSN termasuklah di peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS Negeri).

"Pemantauan akan dijalankan oleh sekretariat khas bagi memastikan perkembangan KPI yang ditetapkan adalah berjalan lancar dan memenuhi setiap perincian yang telah dipersetujui," tambah beliau.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Rakan Muda), Puan Azura Haji Sarbin dan pengurusan tertinggi JBSN.

Ditulis oleh: Media JBSN