Bahagian Pembangunan Belia

 

PUTRAJAYA, 27 APRIL 2022 - Keluarga Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) berasa teruja menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu.

YB Menteri meluangkan masa bertemu dan beramah mesra bersama seluruh warga kerja Ibu Pejabat JBSN seterusnya menyerahkan pek hari raya.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, seluruh keluarga JBSN mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri dan pengurusan kanan KBS yang sudi berkunjung ke JBSN.

"Semoga Aidilfitri yang bakal tiba kelak disambut dengan penuh keceriaan, harmoni dan kesyukuran di samping mematuhi SOP di bawah Fasa Peralihan ke Endemik," tambah beliau.

Antara yang dikunjungi rombongan adalah Pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

PUTRAJAYA, 26 APRIL 2022 - Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad menerima kunjung hormat daripada beberapa Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi sesi 2019 - 2021 di pejabatnya hari ini.

Delegasi yang diketuai saudara Veloo Thevar Subramaniam antara lain membincangkan pelbagai perkara berkaitan program merangkumi hala tuju, pelaksanaan aktiviti, peranan peserta dan sebagainya.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, program Parlimen Belia Malaysia merupakan platform untuk belia menyuarakan idea dan pandangan kepada kerajaan.

"Selain daripada persidangan bagi membahaskan usul, Ahli-ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) juga turut terlibat dalam melaksanakan program pembangunan belia peringkat akar umbi di mana APBM akan merancang dan menjalankan aktiviti dan program untuk belia di peringkat daerah dan negeri masing-masing.

"Justeru itu, pertemuan hari ini merupakan inisiatif yang baik bagi bersama membincangkan hala tuju program dengan konstruktif dan signifikan," tambah beliau.

Turut bersama, TKP (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff dan Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial BPB, Encik Uzaini Mohamad Sani.

Ditulis oleh: Media JBSN

Jumaat 22.04.2022 jam 10 pagi, Program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI KE 6 bertajuk PERSONAL BRANDING IN BUSINESS telah dianjurkan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak. Program ini dijalankan melalui aplikasi ZOOM MEETING. Facebook Live juga menyiarkan perjalanan program kepada peserta yang tidak berpeluang mengikuti ZOOM MEETING. Penceramah bagi program kali ini adalah Encik Khairul Anuar Bin Azmi yang merupakan seorang Voiceover Artist, Producer & Content Creator. Jumlah pendaftaran peserta untuk program ini adalah seramai 161 orang. Seramai 100 orang menyertai program WEBINAR melalui ZOOM MEETING. Manakala 19 orang menonton di Facebook Live. Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia yang berilmu sesuai dengan slogan atau cogan kata Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) #Mengilmukan Usahawan Belia.

 

PUTRAJAYA, 25 APRIL 2022 - Ketua Pengarah, Tuan Mohd Azhari Mohammad menyerahkan surat pengesahan kenaikan pangkat Pegawai Belia dan Sukan Gred S44 kepada beberapa orang pegawai di bawah pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Surat pengesahan kenaikan pangkat telah diserahkan menerusi satu majlis tertutup bertempat di Pejabat Ketua Pengarah JBSN, Aras 14, Menara KBS.

Menurut Tuan Mohd Azhari, kenaikan pangkat ini merupakan satu kejayaan buat pegawai-pegawai di bawah Skim Perkhidmatan Belia dan Sukan terutamanya yang sedang berkhidmat di JBSN.

"Semoga kenaikan pangkat ini akan menaikkan semangat para pegawai untuk lebih cemerlang di dalam memberikan perkhidmatan yang efektif, efisien dan terbaik kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan pemegang taruh belia dan sukan.

"Seluruh keluarga JBSN merasa bangga atas pengesahan kenaikan pangkat para pegawai dan mereka merupakan inspirasi jabatan," tambah beliau.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

SENARAI PEGAWAI YANG MENERIMA SURAT PENGESAHAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S44

  1. Puan Marcella @ Ella binti Kopong
    Bahagian Pembangunan Belia, JBSN
  2. Puan Dayangku Ruhimah binti Pg. Hassan
    Bahagian Pembangunan Belia, JBSN
  3. Puan Siti Amirah binti Amiruddin
    Pejabat Ketua Pengarah, JBSN
  4. Encik Mohammad Shukeri bin Drahman
    Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN
  5. Encik Murugaperumal a/l Subramaniam
    Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN
  6. Encik Mohd Badrul Nizam bin Ahmad
    Bahagian Pembangunan Belia, JBSN
  7. Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh
    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
  8. Encik Rosdi bin Pilus
    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
  9. Encik Halman bin Salleh
    Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur
  10. Puan Suhailah binti Mohd Sa’at
    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
  11. Encik Mohd Saibie bin Ibrahim
    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
  12. Encik Muhammad Hafidz bin Mohd Amin
    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
  13. Puan Wardah binti Hussin
    Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor (Sedang Cuti Belajar)