Bahagian Pembangunan Belia

 

KOTA KINABALU, 23 MEI 2022 - Satu mesyuarat bagi membincangkan kerjasama strategik telah diadakan di Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) yang terletak di Wisma MUIS.

Mesyuarat diadakan bagi membincangkan secara holistik dan komprehensif berkaitan penganjuran program dan aktiviti terutamanya melibatkan pembangunan belia dan sukan di negeri Sabah.

Delegasi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff bersama pegawai dan kakitangan dari ibu pejabat Putrajaya.

"Bagi pihak JBSN, kami mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan sokongan dan komitmen yang diberikan KBSS seterusnya memperkasakan pembangunan belia dan sukan," ujar beliau.

Mesyuarat dipengerusikan Setiausaha Tetap KBSS, Tuan Mansur Asun.

Turut bersama, Pengarah JBS (Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Apui Jan dan Timbalan, Encik Noorman Ramlan.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

SHAH ALAM, 19 MEI 2022 - Bagi memastikan pengoperasian berjalan dengan tertib dan teratur, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad turun padang memantau dan memeriksa Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBS Negeri Selangor).

Lawatan mengejut ini diadadakan bagi memastikan pengoperasian jabatan di bawah seliaan JBSN berada pada tahap terbaik bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh belia dan sukan.

Menurut Tuan Mohd Azhari, lawatan berkala akan diteruskan bagi memastikan pengoperasian adalah mengikut SOP dan tatacara yang telah ditetapkan.

"Penumpuan akan diberikan melibatkan aspek pengurusan kewangan, pembangunan, pentadbiran, aset dan seumpamanya selaras dengan peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa," ujar beliau.

Beroperasi di Plaza Perangsang, Shah Alam, taklimat dan penerangan pengoperasian telah disampaikan Pengarah JBS Negeri Selangor, Encik Hasnata Hasan.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

 

SERDANG, 19 MEI 2022 - Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad hadir ke Majlis Perasmian KOSASS Youth Carnival Sempena Hari Belia Negara 2022 bertempat di Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, Universiti Putra Malaysia.

Karnival yang berlangsung pada 16 hingga 29 Mei ini menawarkan beberapa pengisian khusus buat para pelajar antaranya sesi perkongsian, larian santai, sukan elektronik dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, Jabatan Belia dan Sukan Negara sentiasa menyokong dan terbuka untuk menjalin kerjasama dengan para pemegang taruh termasuklah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) demi pemerkasaan pembangunan belia.

"Pihak KBS melalui peranan yang dimainkan oleh JBSN akan sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama baik kepada semua pihak berkepentingan dalam memastikan usaha kolaborasi strategik pembangunan belia diperkukuh dan dipertingkatkan," ujar beliau.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff dan Pengetua KOSASS, Prof Madya Dr. Muhd Mursyid bin Arsyad.

Ditulis oleh: Media JBSN

Putrajaya, 13 Mei 2022 - Telah berlangsung Taklimat Teknikal Penggunan Sistem eMYInd peringkat Focal Point Bahagian Pembangunan Belia (BPB) pada 13 Mei 2022 melalui slot perkongsian ilmu BPB. Sesi taklimat disampaikan oleh En. Mohd Rizal Mohd Sham dan dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah serta pegawai dan kakitangan BPB. Sesi perkongsian kali ini bertujuan memberi penerangan kepada pegawai dan kakitangan berkaitan kepenggunaan Sistem eMYInd dalam pelaksanaan program bahagian dan diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pegawai dan kakitangan.