Bahagian Pembangunan Belia

 

KOTA BHARU, 29 MEI 2022 - Bagi memastikan pengoperasian JBSN termasuk di peringkat negeri berjalan dengan lancar dan teratur, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad turun pada ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Beliau hadir bagi rangka lawatan kerja termasuk pemeriksaan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBS Negeri Kelantan) yang terletak di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) di Panji, Kota Bharu.

Menurut Tuan Mohd Azhari, pemeriksaan dan pemantau berkala di peringkat negeri akan terus dilaksanakan bagi memastikan pengoperasian berjalan dengan lancar dan teratur.

"JBSN sentiasa menekankan konsep good governance dengan penekakan kepada seluruh perspektif pengurusan antaranya kewangan, pengurusan aset, pembangunan, komunikasi & media dan sebagainya," tambah beliau.

Selain itu, beliau turut meluangkan masa bertemu dan berdialog bersama pengurusan kanan dan warga kerja JBS Negeri Kelantan.

Turut hadir, TKP (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff dan pengurusan kanan JBSN.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

KOTA BHARU, 28 MEI 2022 - Selaras dengan hasrat memastikan pembangunan belia dan sukan berjalan dengan lancar, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad turun padang bagi lawatan kerja rasmi ke negeri Kelantan.

Antara pengisian utama rangka lawatan, mesyuarat penyelarasan bersama pengurusan tertinggi JBSN telah diadakan yang turut melibatkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBS Negeri).

Selain itu, Tuan Mohd Azhari juga akan turut melawat dan memeriksa fasiliti sukan dan rekreasi di bawah pentadbiran JBSN termasuklah JBS Negeri Kelantan iaitu Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) di Panji.

"Mesyuarat ini diadakan secara berkala bagi memastikan pengoperasian berjalan dengan lancar dan teratur mengikut tatacara yang sedang berkuat kuasa.

"JBSN komited memastikan pengoperasian secara 'good governance' seterusnya memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat ," ujar Tuan Mohd Azhari.

Turut bersama, TKP (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff dan TKP (Rakan Muda), Puan Azura Haji Sarbin.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

PARLIMEN, 26 MEI 2022 - Salah satu program signature anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah Parlimen Belia Malaysia yang merupakan platform buat anak muda yang terpilih untuk berbahas dan membincangkan usul merangkumi pelbagai perspektif terutamanya isu yang dekat dengan generasi muda.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad telah berkunjung ke Parlimen Malaysia seterusnya mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Dewan Rakyat, Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin.

Pertemuan antara lain turut membincangkan mengenai perancangan program yang akan bermula tidak lama lagi seterusnya memperincikan gerak kerja dengan sokongan pemegang taruh terutamanya Parlimen Malaysia.

"Pertemuan pada hari ini merupakan inisiatif yang baik bagi memastikan pelaksanaan program kelak berjalan dengan lancar dan teratur terutamanya dengan sokongan pelbagai jabatan dan agensi termasuklah Parlimen Malaysia," ujar Tuan Mohd Azhari.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff dan pengurusan JBSN.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

PUTRAJAYA, 26 MEI 2022 - Salah satu agenda pembangunan kepimpinan generasi muda yang digerakkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) adalah menerusi program Felo Perdana dan Felo Korporat.

Program ini akan dijalankan tidak lama lagi dengan menempatkan felo bagi mendapatkan bimbingan dan pendedahan terus daripada ahli Jemaah Menteri dan tokoh korporat.

Bagi memastikan penyelarasan berjalan lancar, satu mesyuarat dalaman telah diadakan bertempat di Menara KBS yang dipengerusikan Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.

"Mesyuarat pada hari ini diadakan bagi memastikan setiap perancangan yang telah dirangka berjalan dengan lancar terutamanya melibatkan penyelarasan bersama jabatan dan agensi luar." ujar Tuan Mohd Azhari.

Turut hadir, TKP (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff dan Pemangku TKP (Pembangunan Sukan), Encik Sabran Abd Bahar.

Ditulis oleh: Media JBSN