Bahagian Pembangunan Belia

Majlis Bacaan Yasin Bahagian Pembangunan Belia.
 
Setiap hari jumaat akan berlangsung Majlis Bacaan Yasin Bahagian Pembangunan Belia.
Amalan Gaya Hidup Cergas, Perkongsian oleh Puan Siti Farida Binti Azhar berkenaan bagaimana kita boleh mengamalkan gaya hidup cergas di dalam kehidupan seharian kita.
 
Semoga dengan perkongsian ini, Team Bahagian Belia dapat mengamalkan gaya hidup sihat.

 

ANGKASAPURI, 7 JUN 2022 - Persidangan Parlimen Belia Malaysia dijangka akan membuka tirai tidak lama lagi secara fizikal di mana peserta akan berbahas mengenai usul dan isu berkaitan pembangunan belia.

Bersiaran menerusi slot "Selamat Pagi Malaysia" di TV1, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff berkongsi mengenai perancangan dan perjalanan program.

"Parlimen Belia Malaysia merupakan satu platform buat anak-anak muda menyuarakan pendapat dan idea untuk dijadikan garapan dalam pembuatan polisi.

"Tiga objektif utama Parlimen Belia Malaysia adalah untuk menggilap kemahiran memimpin, pendedahan mengenai tadbir urus sistem pentadbiran dan agen mengetengahkan trend anak muda masa kini untuk disesuaikan dengan inisiatif kerajaan," tambah beliau.

Seramai 122 Ahli Parlimen Belia Malaysia dijangka bersidang bagi membahaskan 4 usul melibatkan 3 kluster sosial dan 1 kluster ekonomi.

Ditulis oleh: Media JBSN

 

 

 

GEORGE TOWN, 3 JUN 2022 - Ketua Setiausaha KBS, Dato' Jana Santhiran Muniayan hari ini turun padang melawat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBS Negeri Pulau Pinang) sempena rangka lawatan rasmi ke Pulau Pinang.

Beroperasi di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) di Gelugor, lawatan antara lain bagi memastikan pengoperasian dan tadbir urus jabatan di bawah KBS berjalan dengan lancar dan teratur.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, JBSN sentiasa bersedia termasuklah di peringkat negeri bagi bersama menjayakan agenda pembangunan belia dan sukan termasuklah daripada perspektif tadbir urus dan pengurusan yang unggul.

"JBSN sentiasa memastikan pengoperasian berada di tahap terbaik agar perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat mencapai ketetapan yang telah ditetapkan pengurusan tertinggi KBS," tambah beliau.

Sesi taklimat dan penerangan telah disampaikan Pengarah JBS Negeri Pulau Pinang, Encik Mozakir Buyong Mokhtar.

JBSN diwakili Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Dr. Zainah Shariff dan Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Encik Nor Azli Mohamad Daud.

Ditulis oleh: Media JBSN