Bahagian Pembangunan Belia

Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara mengucapkan tahniah kepada Saudara Muhammad Hafizuddin bin Hisham dan Saudari Hawani Athirah binti Mohd Zainol Abidin kerana dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Lelaki dan Perempuan dalam Pelayaran Skim Latihan Belia Kapal Layar Diraja Tunas Samudera Voyage 405/20. Anugerah telah disampaikan oleh Komander Samsudin bin Abdullah, Pegawai Memerintah, Kapal Layar Diraja Tunas Samudera, Tentera Laut Diraja Malaysia.

Disediakan Oleh:
Mohamad Akmal bin Md Ruslan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

Disunting Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

ALOR GAJAH, 8 MAC 2020 : Siri Konvensyen Pemberdayaan Belia Mencegah Ekstremisme diteruskan lagi di Peringkat Zon Timur yang telah berlangsung pada 6 hingga 8 Mac 2020 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka. Pelbagai slot dan aktiviti yang menarik sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung antaranya slot Dasar Belia Malaysia, slot dari PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia, slot Kemunculan Ekstremisme Agama dalam Dunia Moden dan juga Sesi Perkongsian: Rehabilitasi Teroris Belia. Seterusnya, Majlis Penutupan Konvensyen Pemberdayaan Belia Mencegah Ekstremisme Peringkat Zon Timur ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dr El Muhammady, Felo Penyelidik Insitut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC-IIUM). Turut hadir En Khairul Adri Bin Dato Rosli, Timb Pengarah JBS Johor. Program anjuran bersama YPC, Insitut Antarabangsa Tamadun Islam dan Alam Melayu (ISTAC) dan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini juga dijadualkan akan diteruskan di Sabah dan Sarawak seterusnya dengan mensasarkan kepada program kesedaran dan pencegahan ekstremisme dalam kalangan belia.

Disediakan Oleh:
Mujahid bin Mohd Rahim
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

Disunting Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

IPOH, 8 MAC 2020 : 24 orang peserta Program Jati Diri KLD Tunas Samudera Voyage 405/20 berjaya menamatkan 3 hari Kem Pra Pelayaran dan 10 hari pelayaran Lumut-Langkawi-Lumut. Peserta yang terpilih dalam program ini amat bertuah kerana diberi peluang berlayar dengan Kapal Layar Diraja Tunas Samudera yang dikurniakan oleh Sultan Azlan Shah dan Ratu Elizabeth II kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai kapal latihan belia.

Program ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan ilmu maritim, membina jati diri, semangat berpasukan dan disiplin. Majlis Tamat Belayar telah disempurnakan oleh Komander Samsudin bin Abdullah, CO KLD Tunas Samudera. Setelah tamat pelayaran, peserta melalui Bengkel Post-Mortem di Kompleks Belia dan Sukan Ipoh, Perak yang bertujuan mendapatkan maklumbalas peserta berkenaan kelemahan, kelebihan dan penambahbaikan program.

Ucapan Penutup telah disampaikan oleh Encik Mohamad Akmal bin Md Ruslan, Wakil Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Bahagian Pembangunan Belia mengucapkan syabas kepada semua peserta dan diharapkan agar peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman di dalam program ini bagi menyerlahkan potensi diri seterusnya mempersiapkan diri untuk menjadi pelapis kepimpinan masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Disediakan Oleh:
Mohamad Akmal bin Md Ruslan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

Disunting Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

CYBERJAYA, 8 MAC 2020 : Program Colours Of ASEAN In Conjunction With International Women’s Day ini dianjurkan oleh Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) dengan kerjasama dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM). Pelancaran program tadi telah disempurnakan oleh Tengku Adnan Tengku Azlan, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Belia ASEAN dan disertai oleh H.E.Cheuy Vichet, Ambassador of the Royal Kingdom of Cambodia, H.E. Anne Jalando-on Louis, Deputy Chief of Mission Philippine Embassy, Mrs Nongyao Jirundorn, Director Tourism Authority of Thailand, Nurul Huda Mohamed Afandi, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia dan Nurul Farrah Dila, Wakil Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Objektif Colours of ASEAN atau Warna-Warni ASEAN ini adalah ingin menjadikan sebagai one stop center belia untuk mendapatkan maklumat berkaitan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan sebagai medium promosi penubuhan Komuniti ASEAN melalui kepelbagaian dan keunikan dimiliki ASEAN yang dipamerkan semasa program berlangsung. Colours of ASEAN juga dilihat dapat menyemai semangat persefahaman dan memperkukuh jaringan dalam kalangan belia serantau. Colours of ASEAN dimeriahkan dengan progam-program seperti Pameran negara ASEAN dan turut diketengahkan ialah ASEAN Food Variety and ASEAN Cultural Performances.

Disediakan Oleh :
Nurul Farrah Dila binti Abd Wahid
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia


Disunting Oleh : 
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia