Bahagian Pembangunan Belia

Kuala Lumpur, 29 JUN 2020 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melancarkan Program myGIG pada 23 Jun 2020 khas untuk golongan belia. Inisiatif KBS dengan kerjasama MDEC agensi di bawah KKMM serta Majlis Belia Malaysia (MBM) ini adalah untuk meningkatkan penglibatan belia dalam ekonomi gig bagi menjana pendapatan. YBrs. Dr.Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama-sama En. Darzy Norhalim, Pengarah Bahagian Kerangkuman Digital MDEC hari ni berlintas secara langsung di Sesi Temu Bual Program myGIG di Slot Selamat Pagi Malaysia TV1 RTM. YBrs. Dr.Zainah binti Shariff berkongsikan maklumat berkaitan Program myGIG di mana myGIG ini dibahagikan kepada dua program iaitu myGIG Servis serta myGIG Digital Freelance. Pendaftaran program ini dibuka kepada belia berumur 18 tahun sehingga 40 tahun dan mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri di http://ebelia.iyres.gov.my.

Disediakan Oleh :
Rizal Asyraaf
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 24 Jun 2020 - Satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Anugerah Unsung Heroes telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 11, Bahagian Pembangunan Belia. Mesyuarat membincangkan mengenai gerak kerja serta perkara berkaitan mekanisma penilaian calon. Seramai 20 orang calon yang akan disenarai pendek dan antaranya akan dipilih sebagai penerima Anugerah Unsung Heros buat kali pertama.

Anugerah Unsung Heroes merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada belia atas sumbangan kepada masyarakat dan negara semasa tempoh PKP bagi menghadapi pandemic COVID-19. Syarat penyertaan adalah Warganegara Malaysia dan berumur diantara 15 hingga 40 tahun. Calon berkelayakan adalah individu yang memberikan sumbangan dalam bidang keusahawanan/keselamatan/perubatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19. 

PUTRAJAYA, 23 Jun 2020 - Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan Malaysia bersama-sama Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini melancarkan Program myGIG anjuran bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) serta Majlis Belia Malaysia (MBM). Potensi ekonomi Gigi Digital semakin meluas dalam kalangan belia. Oleh itu, KBS bersama KKMM mengambil inisiatif untuk melancarkan Program myGIG yang merangkumi dua (2) program utama iaitu myGIG Servis dan myGIG Digital Freelance khas kepada belia untuk menjana pendapatan. Kepada para belia yang berminat dengan program myGIG ini bolehlah melayari http://ebelia.iyres.gov.my untuk mendaftarkan diri.

Disediakan Oleh:
Rizal Asyraaf bin Ramli
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

Disunting Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

Putrajaya, 17 Jun 2020 - Bengkel Keperluan Pengguna Sistem MyBelia telah diadakan selama 2 hari bermula 16 hingga 17 Jun 2020 bertempat di Podium B, Menara KBS. Seramai 20 orang ahli bengkel dari pelbagai latar belakang telah bersama-sama mencurahkan idea dalam mewujudkan sistem yang berupaya menguruskan maklumat belia serta mampu diintegrasikan dengan mana-mana sistem sedia ada. Sistem MyBelia juga turut berfungsi sebagai platform kepada belia yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan penawaran peluang & penciptaan pekerjaan, latihan kemahiran, serta dana & kemudahan. Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia.

Disediakan Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia