Bahagian Pembangunan Belia

IPOH, 3 September 2020 - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Perak telah dipengerusikan oleh YB Tuan Khairul Shahril bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak. Persidangan kali ini dihadiri oleh wakil daripada agensi kerajaan serta perwakilan majlis belia. Sebanyak 10 usul berkenaan isu belia negeri Perak telah dibahas dengan cemerlang.


Disediakan Oleh:
Mohamad Akmal bin Md Ruslan
Bahagian Pembangunan Belia


Disunting Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Bahagian Pembangunan Belia

ALOR SETAR, 3 September 2020- Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Kedah bagi Sidang II Penggal Ke-32 Tahun 2019-2020 telah dilaksanakan bertempat di Wisma Darul Aman. Majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Mohd Firdaus bin Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah. Sebanyak 20 usul berkenaan pembangunan belia telah dibahaskan dengan jayanya. Diantara usul yang diangkat adalah berkenaan ekonomi belia,kesihatan mental anak muda,pembangunan kemudahan sukan di daerah-daerah serta bantuan pentadbiran kepada persatuan belia. Encik Hamdan, Pemangku Presiden Majlis Belia Negeri Kedah turut bersama dalam memastikan agenda pemerkasaan belia setempat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi


Disediakan Oleh:
Nurul Afifa Sofina binti Azmi
Bahagian Pembangunan Belia


Disunting Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Bahagian Pembangunan Belia

PETALING JAYA, 2 September 2020- Diskusi Pemacu Intelek Siri 6: Kearah Peningkatan Positif Modal Sosial Rakyat Malaysia telah diadakan di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya bagi membincangkan berkenaan penambahbaikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. WKB 2030 adalah dasar yang menjadi iltizam untuk Malaysia membangun secara mampan. Hadirin berpeluang untuk mendengar perkongsian hasil kajian Institut Masa Depan Malaysia (MASA) mengenai kandungan WKP 2030 dan kertas-kertas strategik berkaitan status modal sosial di Malaysia. Selain itu, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad bin Mohd Noor Merican selaku Profesor di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa turut mengupas isu, cabaran dan perkara yang perlu diberi perhatian dalam pengukuhan modal sosial di Malaysia.

Wakil Kementerian Belia dan Sukan diberi tanggungjawab untuk membincangkan berkenaan Jati Diri Anak Muda yang dipimpin oleh Profesor Datuk Dr. Awang Sariyan. Perbincangan lebih tertumpu kepada tindakan dalam menghasilkan panduan yang komprehensif dan strategik kepada pembuat dasar . Encik Mohd Uzaini bin Mohamad Sani, Pengarah di Bahagian Pembangunan Belia, JBSN turut memberi input serta percambahan idea dalam menambahbaik strategi sedia ada.


Disediakan Oleh:
Nurul Afifa Sofina binti Azmi
Bahagian Pembangunan Belia


Disunting Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Bahagian Pembangunan Belia

Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Wira Belia COVID-19 Kementerian Belia dan Sukan.
1. Norfarrah Syahirah binti Shaari (Kolej Komuniti Teluk Intan, Perak - Perak )
2. Dr. Mawaddah binti Ghazali (Kementerian Kesihatan Malaysia - Selangor)
3. Asmah binti Kadir (Individu - Sabah)
4. Kuhanesapathy Thavaras Pathy (Individu - K.Lumpur)
5. Kevin Lo (PBSM Tuaran - Sabah)
6. Allahyarhamah Raudhatul Ain binti Hj. Rosni (Individu - K.Lumpur)