Bahagian Pembangunan Belia

FELO KORPORAT 3

PUTRAJAYA, 11 SEPTEMBER 2020 - Telah berlangsung Penyerahan Felo Korporat kepada 22 Syarikat Korporat dan Syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) di Dewan Serbaguna Podium B Menara KBS. Program Felo Korporat ini memasuki tahun kedua dengan 60 individu telah terpilih sebagai peserta. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan dan YB Senator Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan.

KURSUS TRADEMARK DO IT YOURSELF SIRI 1 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020 2

KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2020 – Telah berlangsung Kursus Trademark Do-It-Yourself Siri 1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 bertempat di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. Kursus telah diadakan bermula pada 9 September 2020 dan dihadiri oleh 10 orang peserta. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan belia tentang kepentingan mendaftarkan cap dagangan bagi perniagaan yang diusahakan serta kaedah dan prosedur pendaftaran cap dagangan. Antara pengisian kursus adalah ujian psikometrik melalui sistem MyNEPT yang dibangunkan oleh INSKEN, sesi taklimat rancangan perniagaan, ceramah tentang harta intelek serta bengkel carian pendaftaran cap dagangan. 

PUTRAJAYA, 8 SEPTEMBER 2020 : Bahagian Pembangunan Belia tidak ketinggalan dalam memaparkan jiwa kebangsaan melalui dekorasi Jalur Gemilang yang menghiasi segenap sudut lobi Bahagian Pembangunan Belia. Dekorasi ini merupakan ilham asal dan sentuhan kreatif Pegawai dan Kakitangan Bahagian. 

Disediakan oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Bahagian Pembangunan Belia

PUTRAJAYA, 7 SEPTEMBER 2020: Bahagian Pembangunan Belia mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada kakitangan sokongan telah berkhidmat dan memberikan sumbangan kepada pihak Bahagian. Bahagian mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik Salwa binti Ab Rohan yang akan bertugas ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).