Bahagian Pembangunan Belia

Persediaan Kontinjen Malaysia

Putrajaya, 2 Disember 2020 - Bahagian Pembangunan Belia melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, telah mengadakan mesyuarat persediaan kontinjen Malaysia ke Program SSEAYP Youth Leaders Conference 2021. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan persiapan kontinjen Malaysia ke program tersebut yang akan berlangsung pada 21 Januari hingga 24 Februari 2021. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Wan Azira binti Abd Aziz, Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Bahagian Pembangunan Belia.


Oleh: Nik Muhammad Asraff Bin Nik Mod Kamal
Bahagian Pembangunan Belia, KBS
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Majlis Penghargaan Jun September 4

PUTRAJAYA, 25 SEPTEMBER 2020 : Kelab Team Belia telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Penghargaan Bahagian Pembangunan Belia pada Jumaat lalu. Majlis serba ringkas telah di hadiri oleh YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia. Turut hadir, pegawai yang dirai Encik Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial yang bertukar ke Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), Encik Shahrizul Harizam bin Abd Samad, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial ke IKBN Dusun Tua, Encik Shashidharan a/l Sivabalan, Penolong Pengarah Cawangan Kepimpinan Sahsiah ke Bahagian Pembangunan Sukan dan Puan Nor Safinah binti Haya, Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial ke Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur. Kelab Team Belia turut menghargai jasa dan khidmat bakti pegawai yang bertukar dan diharapkan ikatan silaturahim yang terjalin kekal selamanya.

Disediakan Oleh: Mohd Ikhwan bin Mohd Razully

KURSUS TEKNIKAL BELIA TANI ASAS TERNAKAN KAMBING PERINGKAT NEGERI PERLIS 5

KANGAR, 24 SEPTEMBER 2020 – Telah berlangsung Kursus Teknikal Belia Tani (Asas Ternakan Kambing) Peringkat Negeri Perlis anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan Kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis. Kursus telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 21 September 2020 dan telah dihadiri oleh 10 orang peserta. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai teknologi dan cara pengurusan ternakan kambing. Antara pengisian kursus adalah ceramah teori pengurusan ruminan, sesi lawatan dan amali (pengurusan dan pengendalian ternakan), bengkel rancangan perniagaan dan taklimat Program Agropreneur Muda.

KURSUS TEKNIKAL BELIA TANI ASAS TERNAKAN KAMBING PERINGKAT NEGERI PERLIS 8

Majlis Penutup Kursus telah berlangsung pada 24 September 2020 dan dihadiri oleh YBrs. Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dan YBrs. Dr. Zulkifli bin Ahmad, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis.

 

Disediakan Oleh:
Nor Azidah binti Piakong
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

Disunting Oleh
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Bahagian Pembangunan Belia

MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1

KOTA BHARU, 21 SEPTEMBER 2020 - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri diteruskan lagi di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim. MPBN Peringkat Negeri Kelantan Sidang II Penggal Ke 32 Sesi 2019-2020 bersidang di Dewan Sri Makmur, Hotel H Elite Design Kota Bharu, Kelantan telah dipengerusikan oleh YB Hj Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO. Persidangan kali ini  dihadiri oleh 65 orang perwakilan yang dianggotai oleh Ketua-ketua Jajahan, Wakil Agensi Kerajaan dan pimpinan Majlis Belia Kelantan. Sebanyak sembilan usul telah dibahaskan secara bersama bagi mencari solusi bagi isu belia di Kelantan. Antara usul yang dibahaskan adalah isu peluang pekerjaan belia, pengurusan kewangan belia dan kesihatan mental belia.