Bahagian Pembangunan Belia

Skim Perantisan Nasional

MENARA KBS, 9 Disember 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Skim Perantisan Nasional (SPN) Bil. 3/2020 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Wasitah binti Hj. Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir dalam mesyuarat ini wakil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, Human Resources Development Fund (HRDF) dan PERKESO. Mesyuarat membincangkan perancangan dan penyelarasan inisiatif SPN peringkat nasional.

#SkimPerantisanNasional
#PemacuKerjayaAnda
#TeamBelia
#KBSMalaysia
#JBSN

JOM CIPTA KERJA
Putrajaya, 9 Disember - telah berlangsung Sesi Webinar “JOM CIPTA KERJA (SIRI 2)”. Sesi webinar ini dikendalikan oleh speaker jemputan iaitu Chef Zaha, The Iron Butcher yang berkongsi idea-idea, kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan daging-daging berkualiti tinggi seperti Waghyu Miyazaki A5! Beliau pernah mengharumkan nama Malaysia kerana pernah memenangi Best Display Australia Meat Competition sebanyak 5 kali. Sesi webinar ini disertai lebih daripada 155 orang belia dan Pegawai JBSN Negeri melalui platform Zoom. 

#kbsmalaysia #bahagianpembangunanbelia #cawanganpembangunanekonomi #jomciptakerja

Putrajaya, Menara KBS - 8 Disember 2020 - Sesi taklimat kepada peserta program SSEAYP Future Youth Leaders bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan conference yang akan berlangsung serta persiapan Kontinjen sebelum menyertai program ini yang akan berlangsung pada bulan Januari dan Februari 2021. Sesi taklimat tersebut disampaikan oleh Encik Nik Muhammad Asraff bin Nik Mod Kamal, Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Antarabangsa serta turut di hadiri oleh Puan Nik Noorazlin binti Nik Mohd Nor, Pen Pegawai Belia dan Sukan Unit Hal Ehwal Antarabangsa. Sesi ini jugak di hadiri oleh pihak SSEAYP International Malaysia (KABESA).

Temubual bersama MHI

Petaling Jaya, SRI PENTAS TV3 - 3 Disember 2020 - Temubual bersama YBhg. Dato’ Dr. Hjh. Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan di Malaysia Hari Ini menerusi saluran TV3 dalam mempromosikan Skim Perantisan Nasional, Kementerian Belia dan Sukan.