Bahagian Pembangunan Belia


PUTRAJAYA, 8 JULAI 2022 -
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi membincangkan mengenai penyelarasan penganjuran sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan di Padang Pekan Tuaran, Sabah.

Mesyuarat dipengerusikan Ketua Setiausaha KBS, Dato' Jana Santhiran Muniayan di mana membincangkan pelbagai perkara merangkumi aktiviti, promosi, publisiti dan banyak lagi.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, mesyuarat ini diadakan bagi memastikan semua gerak kerja berjalan dengan lancar terutamanya melibatkan persiapan di Padang Pekan Tuaran nanti.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan semoga dengan sokongan dan komitmen daripada setiap jabatan dan agensi akan melancarkan penganjuran sambutan kelak," tambah beliau.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff. 

Ditulis oleh: Media JBSN

PUTRAJAYA, 6 JULAI 2022 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menganjurkan majlis pra pelancaran sebuah program baharu iaitu "Social Entrepreneurship for Rural Youth" (SERY) di bawah Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 atau SEMy2030.

Program ini khusus untuk membangunkan potensi belia dalam bidang keusahawanan sosial dalam usaha mengupayakan belia agar dapat menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan komuniti luar bandar.

Program ini menggabungkan latihan, bimbingan dan pementoran yang akan dilaksanakan selama enam (6) bulan dengan kerjasama myHarapan iaitu sebuah badan bukan kerajaan dalam bidang keusahawanan sosial.

Selain itu, program ini juga disokong Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan United Nations Development Programme (UNDP) selaku rakan strategik program.

Menurut Ketua Setiausaha KBS, Dato' Jana Santhiran Muniayan, SERY merupakan sebuah program berstruktur yang diadakan khusus buat belia Malaysia di luar bandar yang menekankan aspek keusahawanan sosial.

"Tumpuan akan diberikan kepada keusahawanan sosial yang mana ianya selari dengan Dasar Keusahawanan Nasional," tambah beliau.

Majlis turut disertai Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.

Ditulis oleh: Media JBSN
Kursus Pengurusan Organisasi Siri 1 Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung pada 2 hingga 3 Julai 2022, bertempat di Teratak Bernam Riverview, Tanjung Malim. KPO adalah platform untuk membimbing dan mendedahkan kepimpinan muda dengan urus tadbir pertubuhan serta menyokong pelaksanaan program transisi kepimpinan.  Sasaran penyertaan KPO sepanjang tahun 2022 adalah seramai 2,250 orang. Nantikan siri-siri seterusnya ya! #KursusPengurusanOrganisasi #BeliaSejahtera #KeluargaMalaysia #JBSNBersama

Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) sebagai satu platform pemantapan kepimpinan muda!


Hujung minggu yang sibuk! Telah berlangsung Kursus Pengurusan Organisasi Siri 1 Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 1 hingga 3 Julai 2022 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang.

Seramai 40 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Pengisian KPO adalah merangkumi modul-modul seperti: Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD); Pengurusan Kewangan; Simulasi Mesyuarat; Penulisan dan Dokumentasi; Pelaporan dan Penilaian Program. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Encik Asmori bin. Sha'ahari.

 

#KursusPengurusanOrganisasi

#BeliaSejahtera

#KeluargaMalaysia

#JBSNBersama