Bahagian Pembangunan Belia

6 Disember 2021, Dubai- Minggu ke-10 Ekspo 2020 Dubai yang diselaraskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan rasminya dibuka dengan pelbagai program dan aktiviti yang telah disusun dan dirancang termasuklah program perdagangan dan perniagaan, business matching, business talk, forum dan sebagainya untuk Minggu ke-10 yang bermula 5 hingga 11 Disember 2021.Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS selaku tetamu kehormat merangkap ketua delegasi bagi KBS-KPWKM-KPDNHEP.Antara yang menjadi tumpuan pada hari pertama adalah sesi menandatangani Memorundum of Understanding (MoU) melibatkan syarikat Athena Holdings bersama ETHIS Malaysia. MoU yang dimeterai melibatkan kerjasama dalam mendapatkan dan menggalakkan pelabur Ethis Global untuk melabur dalam perniagaan berskala tinggi.Selain itu, KBS melalui Institut Sukan Negara (ISN) julung-julung kalinya membawa hasil penyelidikan (R&D) basikal yang diguna pakai oleh olimpian negara Dato' Azizul Hasni Awang untuk diketengahkan kepada potensi pelabur. Menurut En. Mohd Izham bin Mohamad, Ketua Cawangan Sains Sukan ISN mensasarkan rakan kongsi yang bersedia bekerjasama dan melabur bagi menghasilkan mass production basikal dengan menggunakan teknologi yang telah dibangunkan agar ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya.KBS sentiasa komited dalam usaha mengalakkan para belia untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan seterusnya mengembangkan perniagaan dan rangkaian mereka ke peringkat yang lebih jauh melalui platform seperti Ekspo 2020 Dubai.
KBS sertai Ekspo 2020 Dubai5 Disember 2021, Dubai - Bertemakan “Keusahawanan Sosial dan Tekno”, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) bersama Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengetuai Minggu ke-10 Ekspo 2020 Dubai. Penyertaan ke Ekspo 2020 Dubai yang merupakan ekspo terbesar dunia membuka peluang kepada syarikat tempatan yang terdiri daripada syarikat usahawan belia, wanita dan francais untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa melalui penyertaan Minggu ke-10 Ekspo 2020 Dubai yang membuka tirai bermula 5 hingga 11 Disember 2020. Sebanyak 19 buah syarikat telah terpilih bagi menyertai Minggu ke-10 yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan antaranya produk yang dihasilkan menerusi projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd., yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan aerodinamik. Antara lain, terdapat juga perkhidmatan khusus dalam menyediakan penyelesaian dron/UAV untuk kegunaan industri & komersial serta produk penjagaan kesihatan bioteknologi khusus untuk haiwan peliharaan yang dihasilkan 100% semulajadi, diformulasikan oleh doktor haiwan dan diuji secara klinikal oleh Jabatan Veterinar Malaysia.Penyertaan dalam Ekspo 2020 Dubai selaras dengan peranan KBS menggalakkan akitiviti keusahawanan dalam kalangan belia sekaligus membudayakan keusahawanan agar para belia mampu untuk mencipta peluang pekerjaan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerjaan bermajikan. KBS berharap platform ini dapat dimanfaatkan oleh setiap usahawan yang terlibat bagi mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global. Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dirancang termasuklah program perdagangan dan perniagaan, business matching, business talk, forum dan sebagainya bagi menarik pengunjung serta pelabur yang berpotensi untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang hadir. Penyertaan KBS dalam Ekspo 2020 Dubai diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC) sebagai agensi pelaksana.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 25 November 2021: Bengkel Garis Panduan Belia Membanteras Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran telah berlangsung pada 23 hingga 25 November 2021 bertempat di Hotel Olimpik, Kuala Lumpur. Bengkel anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pertubuhan Alumni Parlimen Belia Malaysia telah dihadiri seramai 44 orang peserta. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk merangka garis panduan peranan belia dalam memerangi Jenayah Pemerdanganngan Manusia dan Penyeludupan Migran serta memberiinformasi mengenai permasalahan Jenayah Pemerdangangan Manusia dan Kemasukkan Migran melalui pelbagai saluran dari aspek keselamatan, undang-undang dan penyebaran maklumat melalui medium media sosial. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah,Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta turut hadir di majlis penutup Puan Syuhaida binti Abdul Wahab Zen, Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO, Kapten Maritim Mohamad Rosli bin Kassim, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor dan Encik Jufitri bin Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 30 Oktober 2021: Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 (HBN 2021) telah berlangsung bertempat di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpu. Mengekalkan tema sambutan tahun lalu iaitu “Dekad Ini Dekad Anda”, sambutan HBN 2021 disambut sebagai lambang pengiktirafan pihak kerajaan kepada sumbangan, komitmen, daya usaha, daya bangkit dan kecemerlangan golongan belia negara. Majlis perasmian HBN 2021 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri. Pada majlis ini juga, YAB Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2021 kepada penerima-penerima utama bagi kategori Anugerah Khas, Anugerah Emas Remaja Perdana, Anugerah Kategori Individu Wanita, Anugerah Kategori Individu Lelaki dan Anugerah Kategori Pertubuhan Belia. Penerima bagi setiap kategori berkenaan membawa pulang wang tunai hadiah kemenangan, piala iringan APBN 2021 serta sijil penghargaan.