KLANG, 2 JULAI 2020 – Satu sesi lawatan ke Cultiveat Farm telah diadakan bertempat di Kapar, Klang. Cultiveat merupakan sebuah perusahaan tanaman sayur-sayuran yang menggunakan teknologi di dalam sistem pengurusan tanaman bersepadu. Lawatan anjuran Pejabat Menteri Belia dan Sukan ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat konsep dan model perniagaan yang boleh ditawarkan oleh Cultiveat untuk manfaat para belia. Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Supiah, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Dr. Ir. Azmi bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), En. Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, serta Pegawai Tugas-tugas Khas Pejabat Menteri Belia dan Sukan, En. Saiful Azhar bin Shaharun dan En. James Koh Siaw Heong.