Serdang, 2 Julai 2020 - Sedang berlangsung sesi taklimat oleh pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) susulan Mesyuarat Kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertempat di Laman Nanas, MAEPS. Sesi taklimat dihadiri oleh YBhg. Dato' Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), MAFI, dan Datuk M Noor Azman bin Taib TKSU (P) KBS serta melibatkan agensi-agensi di bawah MAFI, wakil KPT dan KBS. Wakil KBS lain yang hadir ialah YBhg. Datuk Hatipah bt Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Dato' Dr. Hjh Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Pn. Hartini bt A. Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), En. Zan Aizuddin bin Zainal Abidin, Pengarah Cawangan Perancangan dan Pengurusan Kualiti (PMO) BPKB, En.Saifoul Bahari bin Saad, Penolong Pengarah Kanan PMO BPKB.

Disediakan Oleh:
Khairul Bashar bin Mat Jadi
(Bahagian Pembangunan Belia) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
(Bahagian Pembangunan Belia) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.