SERDANG, 2 Julai 2020 - Sedang berlangsung Mesyuarat Kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertempat di MAEPS Secretariat Building. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), MAFI. Mesyuarat melibatkan agensi-agensi di bawah MAFI, wakil KPT dan KBS.

Wakil KBS yang hadir ialah YBhg. Dato' Dr. Hjh Wasitah Hj. Mohd Yusof, Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara(JBSN), En. Zan Aizuddin bin Zainal Abidin, Pengarah Cawangan Perancangan dan Pengurusan Kualiti (PMO) BPKB, En. Saifoul Bahari bin Saad, Penolong Pengarah Kanan PMO BPKB dan Cik Nur Azidah binti Piakong, Penolong Pengarah, Cawangan Pembangunan Ekononi, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN

Disediakan Oleh :
Nor Azidah binti Piakong
(Bahagian Pembangunan Belia) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Disunting Oleh :
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
(Bahagian Pembangunan Belia) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.