Bahagian Pembangunan Belia

PUTRAJAYA, 22 Julai 2020 - Diskusi Virtual Parlimen Belia Malaysia 2020 Peringkat Jawatankuasa Siri 7 telah berlangsung dengan membincangkan topik Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik. Diskusi dimoderatorkan oleh En. Mohd Hazan Hj Dahari, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Disediakan Oleh :
Mohamad Akmal bin Md Ruslan
Bahagian Pembangunan Belia

Disunting Oleh :
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Bahagian Pembangunan Belia

THURSDAY | 23 July 2020

PUTRAJAYA - Perdana Fellows Bootcamp series is a self-development program, human capital and competitiveness for all Perdana Fellows participants. The program provides face-to-face exposure to all Fellows in terms of skills, management, communication, media and corporate management. Involvement of Multinational Companies, GLCs, Banks, Communications and quality bodies in providing exposure to Fellows 2020 in addition to the content that has been provided in the Orientation Program 2020. More challenging content with the application of aspects of self-resilience and self-development is the modus operandi of this program.

The entire program will be implemented inside and outside the classroom including outdoor programs specifically for Fellows 2020. Aspiring towards the Shared Prosperity Vision 2030 (Wawasan Kemakmuran Bersama 2030), the Perdana Fellows have received an insightful session with Prof. Dr Zainal Abidin Sanusi, Director of the Sejahtera Centre for Sustainability and Humanity, IIUM, on the topic of Sustainable Development Goals (SDG) to discuss the concept, policy and practise during the Perdana Fellows Bootcamp Session.

KBS supports the nurturing of the Malaysian youth. The SDG is an important topic for young leaders, the change makers of the nation to learn and understand for the nation to achieve a universal call to end poverty, protect the environment and attain the Shared Prosperity Vision by 2030

By :
Shashidharan a/l Sivabalan
Youth Development Division

Editor :
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Youth Development Division

PUTRAJAYA, 22 Julai 2020 - Skim Perantisan Nasional (SPN) merupakan inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian pasca penularan COVID-19 yang diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kerja Raya bertujuan untuk memberi peluang kepada belia mendapat pengalaman pekerjaan di samping meningkatkan kemahiran dalam dunia pekerjaan sebenar. Program yang pertama seumpamanya ini dirasmikan secara bersama oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya, YB Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia dan YB Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan di Menara KBS, Putrajaya pagi ini.
Program yang berkonsepkan “place and train” dengan jaminan pekerjaan ini menyediakan lebih 10 ribu peluang pengalaman pekerjaan kepada belia sebagai perantis di pelbagai syarikat dan organisasi yang bersama-sama dalam usaha ini.

Disediakan Oleh :
Mohamad Akmal bin Md Ruslan
Bahagian Pembangunan Belia

Disunting Oleh :
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Bahagian Pembangunan Belia

CYBERJAYA, 17 JULAI 2020 : Majlis Menandatangani Signing of Intent (SOI) diantara pihak Pusat Belia Antarabangsa (IYC), MaGIC dan UNDP bagi pelaksanaan Program Youth Co:Lab 2021. Majlis yang diadakan pada sebelah pagi telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Waitchalla R.R.V Supiah, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan, YBhg Datuk Hatipah binti Ibrahim, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir sama YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Dzuleira Abu Bakar, CEO MaGIC.

Disediakan Oleh:
Rizal Asyraaf bin Ramli
Bahagian Pembangunan Belia

Disunting Oleh:
Mohd Ikhwan bin Mohd Razully
Bahagian Pembangunan Belia