WASIYYAH

KUALA LUMPUR, 20 SEPT 2021 - Wasiyyah Shoppe Berhad, syarikat amanah patuh syariah terbesar di Malaysia yang berkepakaran di dalam urusan penyediaan dan pelaksanaan dokumen hibah, wasiat, harta sepencarian dan amanah, mengumumkan pelancaran promosi untuk perkhidmatan perancangan harta secara syariahnya.

 Promosi terbaru ini menawarkan diskaun di antara 15 peratus sehingga 30 peratus kepada masyarakat yang ingin merancang harta terutamanya menggunakan kaedah hibah harta dan perkhidmatan pewarisan perniagaannya di dalam tempoh promosi antara 24 Mei sehingga 30 Jun 2021.

“Semenjak pandemik Covid-19 melanda Malaysia pada 2020, kami menyaksikan lonjakan permintaan 100 peratus dari tahun 2020 ke tahun 2021.

"Ini adalah kerana masyarakat mulai faham betapa pentingnya mereka merancang harta hari ini kerana risiko yang semakin tinggi di dalam musim pandemik Covid-19,” kata Ariffin dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dengan tujuan utama untuk memberi lebih insentif dan kemudahan kepada umat Islam, Wasiyyah Shoppe Berhad menawarkan promosi diskaun terhad ini.

Beliau berkata, bagi membantu memudahkan lagi umat Islam menggunakan perkhidmatannya, Wasiyyah Shoppe Berhad juga menyediakan kemudahan bayaran secara ansuran melalui gerbang bayaran yang terpilih.

Katanya, dengan pengenalan akad hibah di atas talian yang dilancarkannya semenjak April 2020 pula, Wasiyyah Shoppe Berhad juga tidak berdepan sebarang masalah untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan waris-waris pelanggannya yang berada di seluruh dunia.

“Untuk melaksanakan hibah, sebelum pandemik Covid-19 melanda pada 2020, kami perlu bertemu secara bersemuka dengan pelanggan dan penerima hibah di dalam satu majlis akad hibah.

"Dengan pengenalan akad hibah secara dalam talian, pelanggan dan penerima hibah kini boleh berada di mana-mana sahaja lokasi di seluruh dunia asalkan ada akses kepada internet.

"Sekali gus ia lebih memudahkan urusan hibah dan menghapuskan risiko Covid-19,” tambah Ariffin.

Wasiyyah Shoppe Berhad ialah penyedia dan pelaksana dokumen hibah yang terbesar di Malaysia semenjak 2004 dan telah membantu lebih dari 40,000 orang Islam merancang harta melalui kaedah ini.

Lebih daripada 300 perintah pengesahan hibah juga telah diperolehnya daripada Mahkamah Syariah seluruh Semenanjung Malaysia yang membuktikan keberkesanan perkhidmatan hibahnya.

“Kami menawarkan lebih daripada 35 penyelesaian komprehensif perancangan harta untuk umat Islam di Malaysia dengan jumlah pelanggan melebihi 70,000 orang namun majoriti pelanggan memilih perkhidmatan hibah kami kerana pengalaman dan kepakaran kami di dalam bidang ini,” katanya.

Beliau berkata, Wasiyyah Shoppe Berhad menjangkakan promosi terhad ini akan mendapat sambutan baik dari masyarakat dan menyumbang sebanyak 30 peratus daripada pendapatan keseluruhan syarikat di dalam tahun kewangan 2021 berakhir pada 30 Jun 2021.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/140171/BISNES/Wasiyyah-lancar-promosi-diskaun-sehingga-30-peratus
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf