TRONOH, PERAK, 11 FEBRUARI 2020 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) telah menyambut kedatangan pengarah baru akademi ini iaitu Ybrs. Encik Vijayan Kumar A/L Nagarajan pada hari ini bertempat di Bilik Kuliah 13, disini.Majlis tersebut yang bertujuan untuk memberi penerangan dan pengenalan kepada tuan pengarah berkenaan dengan APBM Batu Gajah dan warganya.Untuk pengetahuan, Ybrs. Encik Vijayan Kumar A/L Nagarajan merupakan pengarah ke 14 bagi APBM Batu Gajah, Perak. Majlis tersebut  dimulakan dengan ucapan selamat datang dan pengenalan daripada Encik Azlan Bin Hussain, Timbalan Pengarah APBM Batu Gajah dan seterusnya ucapan daripada tuan pengarah. Tuan pengarah dalam ucapannya berharap agar beliau akan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pegawai dan kakitangan dalam memastikan APBM Batu Gajah sentiasa maju kedepan dalam semua segi.