home button

APBM Batu Gajah

MAHSURI2021

KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2021 - Mahsuri Food Sdn Bhd, syarikat pengeluar kicap dan sos masakan menawarkan harga eksklusif untuk peniaga bazar Ramadan di bawah kendalian Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Ketua Komersial Mahsuri Food, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, beberapa produk keluaran syarikat yang laris dan menjadi pilihan peniaga makanan ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

"Produk kami yang laris dijual di pasar raya seperti Kicap Manis Pedas Mahsuri, Kicap Manis, Sos Berperisa Tiram, Sos 3 Rasa dan Sos Lada Hitam sesuai untuk kegunaan perniaga makanan dan kami menawarkan produk ini kepada peniaga bazar Ramadan kendalian MBSJ pada harga jauh lebih rendah dari pasaran.

"Kami berharap inisiatif ini dapat meringankan sedikit beban peniaga bazar Ramadan ini," katanya dalam kenyataan selepas menyertai sesi taklimat khas untuk peserta bazar Ramadan MBSJ.

Selain menawarkan harga lebih rendah untuk produk Mahsuri Food, pihaknya turut menyerahkan 400 apron percuma untuk peniaga.

Dalam pada itu, Timbalan Datuk Bandar MBSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, pihaknya mengingatkan semua peserta bazar Ramadan yang diluluskan oleh MBSJ untuk memastikan semua SOP asas seperti memakai pelitup muka dan penjarakan sosial dipraktikkan sepanjang waktu perniagaan.

"Untuk makluman, polis akan memantau kawasan bazar Ramadan. Kompaun boleh dikeluarken oleh pihak polis sekiranya peniaga didapati tidak mematuhi SOP terbaru ini.

"Ini adalah SOP yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukan pihak MBSJ," katanya.

BOMBAA

TRONOH, PERAK, 14 APRIL 2021 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah mengadakan pemeriksaan keselamatan yang di kendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak.

Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memastikan peralatan-peralatan keselamatan dan kecemasan di kompleks ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan berfungsi sepenuhnya.

Pemeriksaan tersebut telah disertai oleh 1 orang pegawai dan 4 orang anggota bomba daripada Balai Bomba Daerah Batu Gajah manakala wakil pihak APBM Batu Gajah pula diketuai oleh Encik Tajul Ridwan bin Abu Bakar merangkap Ketua Jawatankuasa Keselamatan APBM Batu Gajah, Perak.

HIMPUNANMAC2021

TRONOH, PERAK, 12 APRIL 2021 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan APBM Batu Gajah bagi bulan Mac 2021.

Himpunan yang dihadiri oleh kebanyakan warga APBM Batu Gajah diketuai oleh Encik Vijayan Kumar A/L Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah ini merupakan satu majlis tetap yang dianjurkan oleh akademi ini dengan tujuan mengeratkan hubungan antara staf akademi selain menjadi platform bagi pengurusan tertinggi akademi untuk menyampaikan amanat beliau serta amanat-amanat daripada pihak Kementerian Belia Dan Sukan.

Program bermula dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti dengan lagu perkhidmatan awam. Yang menarik dengan program ini ialah ia juga diselitkan dengan majlis sambutan hari lahir staf dan kakitangan APBM Batu Gajah selain menjadi platform untuk penyampaian hadiah pekerja bulanan terbaik APBM Batu Gajah.

IKRARSPRMPERAK2021

TRONOH, PERAK, 14 APRIL 2021 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah di kalangan penjawat awam melalui Lafaz Ikrar dan tandatangan bebas rasuah dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak.

Lafaz ikrar dan tandatangan bebas rasuah tersebut telah disempurnakan oleh Encik Vijayan Kumar a/l Nadarajan, Pengarah APBM Batu Gajah sambil disaksikan oleh Encik Rosley bin Mohamad Satar, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Perak.

Dengan usaha yang dilakukan oleh jabatan ini telah menunjukkan bahawa APBM Batu Gajah sentiasa komited dan mengembil berat berkenaan kepentingan memerangi gejala rasuah yang menjadi barah dikalangan penjawat awam dan masyarakat.

Diharapkan dengan terlaksananya ikrar ini, akan menjadikan warga APBM Batu Gajah sentiasa peka dalam usaha memerangai janayah rasuah dikalangan penjawat awam.