Bahagian Pembangunan Belia
Bahagian Pembangunan Belia
Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan.
Memantapkan program latihan keusahawanan dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari, berdaya tahan dan berdaya saing di pasaran domestik dan global.
Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia
Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia.
Memberi maklum balas berkaitan pertanyaan atau permohonan berkaitan program Pembangunan Belia kepada pelanggan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Memberi khidmat rundingan berkaitan program Pembangunan Belia kepada pelanggan dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
Memberi maklum balas aduan kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Memberi maklum balas dan rundingan berkaitan pinjaman Tabung Ekonomi Belia (TEB) dan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia (TKWAPEB) dalam tempoh 14 hari bekerja.
Bahagian Pembangunan Belia