faq    hubungi   maklumbalas   peta



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


Selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kurnia dan nikmat Nya yang tidak ternilai kepada seluruh warga JBSN Kelantan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah merealisasikan hasrat dan dasar kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan atas talian (on-line) dengan meluas dan lebih berkesan kepada rakyat melalui Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan seiring dengan perkembangan zaman, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang kini semakin berkembang dengan pesat. Portal ini menyediakan  maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda, fasiliti-fasiliti sukan serta pelbagai info-info menarik di negeri Che Siti Wan Kembang ini khas untuk masyarakat luar dan dalam negeri terutamanya golongan belia.

Keutamaan saya adalah memastikan Portal ini sentiasa di kemas kini dengan maklumat-maklumat terkini kerana menyedari bahawa generasi belia pada masa kini tersedia dan lebih senang mencari maklumat melalui medium Internet. Semoga Laman Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dapat memberi manfaat kepada semua penggunanya dan saya akan sentiasa memastikan Laman Portal ini memaparkan maklumat terkini dan tepat serta informatif.

Kepada warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, saya amat berharap agar usaha kita dalam memberi khidmat kepada masyarakat di Negeri Kelantan dapat diteruskan dan semoga kita dapat mengekalkan kejayaan dan mengukir kecemerlangan pada masa yang akan datang.

Pada kesempatan ini juga, saya merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan demi mencapai visi dan misi Jabatan yang lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.

LAILA NAZURA BINTI NAWI
Pengarah 

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction