faq    hubungi   maklumbalas   peta




Pengarah Azli

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pertamanya saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelayar portal ini. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah dapat merealisasikan portal JBS Negeri Sembilan bagi membuka minda serta ruang maklumat kepada semua pelayar portal khususnya kepada warga belia setempat.
Dengan adanya laman ini, sedikit sebanyak JBS Negeri Sembilan dapat menyalurkan maklumat mengenai aktiviti yang sedang, telah dan akan berlaku untuk penglibatan semua. Di samping dapat menerangkan serba sedikit mengenai fungsi serta peranan jabatan kepada masyarakat secara menyeluruh.

JBS Negeri Sembilan mengharapkan agar semua maklumat yang disalurkan melalui laman ini dapat memberikan impak yang besar kepada warga belia khususnya dan mampu menimbulkan kesedaran serta kefahaman terhadap aktiviti yang dijalankan di jabatan ini. Dengan adanya media ini ianya diharap akan dapat memberi ruang dan peluang kepada warga belia untuk memilih, berhubung dan mendapatkan informasi jelas khususnya dalam membangunkan modal insan. Portal juga menjadi medium perantara dan menjadi suara kerajaan dalam mendekati golongan sasaran iaitu belia dan masyarakat. Di samping menjadi medium perantara, laman ini juga mengetengahkan peluang-peluang dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan serta dapat berkongsi pandangan dan cadangan dengan golongan sasaran.

JBS Negeri Sembilan sebagai salah satu dari agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan terhadap program pembangunan modal insan negara, mengharapkan sokongan dari semua pihak dari sudut moral dan galakan kepada warga belia dan persatuan-persatuan belia. Bersamalah berganding bahu menuju satu matlamat ke arah belia gemilang dan bersatu padu.

Sekian, terima kasih.

NOR AZLI BIN MOHAMAD DAUD
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction