SEJARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang pada asalnya dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Jabatan ini ditubuhkan pada 1 November 1966, bertempat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Jalan Farquhar, Pulau Pinang.

Pada tahun 1970, Jabatan ini telah berpindah ke Bangunan United Asian Bank, Lembah Pantai, Pulau Pinang. Menjelang Mei 1976, Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinangtelah berpindah ke tempat yang lebih sesuai pada masa itu iaitu di Bangunan Wisma Central, Jalan Macalister, Pulau Pinang.

Pada bulan Oktober 1980, atas arahan Kementerian, Jabatan ini sekali lagi berpindah ke Tingkat 3, Bangunan Bank Negara, Jalan Light, Pulau Pinang sehingga tahun 1987.

Pada 20 Mei 1987, Bahagian Kebudayaan telah dipisahkan dan dipindahkan ke Kementerian yang baru diwujudkan iaitu Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Berikutan dengan perpindahan itu, fungsi dan peranan Kementerian dan Jabatan turut berubah. Seramai lima orang kakitangan di Bahagian Kebudayaan ini yang terdiri daripada Penolong Pengarah, seorang Pegawai Penyelidik, seorang Jurutunjuk, seorang Jurulatih dan dibantu oleh seorang Setiausaha Kerja Majlis Kebudayaan Negeri turut dipindahkan dan diserap di Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Pada 1 Januari 1988, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah berpindah ke Tingkat 40, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Pulau Pinang dan pada 15 November 2010 Jabatan ini sekali lagi telah berpindah dan kali ini ke Bangunan sendiri yang beralamat di Jalan Sultan Azlan Shah, 11700 Gelugor, Pulau Pinang.
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction