faq    hubungi   maklumbalas   peta

PERUTUSAN PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG



Assalamu’alaikum w.b.t dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan puan dalam melayari portal rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang ini.

Kewujudan portal ini adalah bertujuan untuk memberi informasi tentang segala perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan belia, sukan dan rakan muda di peringkat negeri dan daerah di samping menyampaikan berita tentang pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Portal ini juga turut memberi informasi berkenaan kemudahan-kemudahan yang terdapat di bawah kendalian Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Disamping itu juga ianya boleh dijadikan medium yang dapat mengeratkan lagi kerjasama di antara golongan belia dengan Jabatan ini serta dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat Oleh itu, marilah kita bergandingan dalam memastikan segala dasar-dasar Negara yang dirangka khususnya untuk golongan belia dapat diteruskan.

Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa web yang sentiasa mengemaskini maklumat bagi memastikan segala dasar dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dapat disalurkan dengan cepat, tepat dan berkesan bagi memastikan pembangunan belia berterusan dan berkembang

Sekian, terima kasih

ZUL FADHLI BIN ABD AZIZ
Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction