faq    hubungi   maklumbalas   peta

FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA

  1. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.
  2. Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan.
  3. Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang.
  4. Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia.
  5. Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep kesejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa di kalangan belia.
  6. Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat di kalangan generasi muda.


FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN

  1. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada semua peringkat di bawah konsep ‘Malaysia Cergas’ yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, swasta, pertubuhan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
  2. Mengukuhkan program pembangunan sukan massa bagi membina masyarakat yang cergas, sihat dan produktif ke arah perpaduan negara.
  3. Memantapkan program sukan massa agar ianya dapat melibatkan semua lapisan masyarakat dari semua peringkat akar umbi.
  4. Mengupayakan pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan supaya dapat menarik minat masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
  5. Menyediakan peluang, kemudahan dan prasarana kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam sukan massa serta kepada remaja yang berbakat untuk mendapat latihan spesifik bagi mengembangkan bakat mereka sebagai persediaan ke arah sukan prestasi tinggi yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara
  6. Meningkatkan semangat kesukarelaan dan patriotisme melalui kerja-kerja sukarela bagi memajukan sukan massa.
  7. Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi kegiatan penyelidikan sukan massa termasuk pemantauan dan penilaian.


FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA

  1. Merangka, menilai dan mengkaji dasar, strategi pendekatan dan pelaksanaan program Rakan Muda untuk mencapai wawasan negara.
  2. Membimbing golongan remaja supaya sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran wawasan negara.
  3. Mewujudkan kesedaran dan peluang penyertaan yang luas melalui 7 Gaya Hidup dan 3 Program Rakan Muda di semua peringkat dan lapisan masyarakat dengan cara yang lebih menarik, selesa dan berkualiti selaras dengan wawasan negara.
  4. Mewujudkan tenaga pelaksana dan pihak pengurusan yang cekap dan berkesan bagi menjamin kelancaran pencapaian matlamat kementerian.
  5. Mengadakan kerjasama yang erat dengan industri, swasta, agensi kerajaan, NGO’s dan orang perseorangan dalam menjayakan pelaksanaan 9 Gaya Hidup dan 8 pengsektoran Rakan Muda.
  6. Memberi peluang kepada golongan muda untuk menyertai dan melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang mereka minati.
  7. Memperluaskan pelaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan pengsektoran bagi tujuan penglibatan remaja secara menyeluruh.
  8. Merancang dan menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidak berpersatuan bagi memenuhi inspirasi dan citarasa mereka.
  9. Mewujudkan dan mengemblengkan tenaga Penggerak Rakan Muda di kalangan remaja bagi memantapkan pelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi.
  10. Menyediakan dan mengoptimumkan kemudahan-kemudahan prasarana melalui pendekatan Kompleks Rakan Muda.


FUNGSI BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

UNIT PENTADBIRAN

  1. Mengemas kini Rekod Perkhidmatan Pegawai secara manual dan sistem HRMIS.
  2. Mengendalikan pengurusan Aset, Stor, Inventori dan hapus kira.
  3. Menguruskan perolehan pembelian bagi bekalan dan perkhidmatan melalui sebut harga.
  4. Mengkaji dan memohon keperluan dan perwujudan jawatan baru dan pemansuhan dan penggredan semula jawatan.
  5. Mengurus dan memantau hal pengisytiharan harta dan Surat Aku Janji.
  6. Memantau kehadiran pegawai dan kakitangan ke pejabat.
  7. Mengurus penyewaan ruang Pejabat di Daerah.
  8. Mengurus sistem fail berperingkat, surat-menyurat dan Pekeliling Perkhidmatan serta pelupusan fail ke Arkib.
  9. Mengurus hal ehwal pengangkutan dan perhubungan di peringkat Ibu Pejabat.
  10. Mengemas kini maklumat perjawatan, mengurus pertukaran/pelantikan baru, pengesahan dalam jawatan. Mengurus dan memantau hal-hal kebersihan dan penyelenggaraan bangunan.


UNIT KEWANGAN

  1. Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus tahunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
  2. Menyedia permohonan pindah peruntukan dan peruntukan tambahan.
  3. Mengurus pembayaran perbelanjaan mengurus dan amanah dan program Jabatan /daerah.
  4. Mengurus pembayaran emolumen/perubahan dan pemberhentian potongan gaji dan elaun kakitangan.
  5. Mengurus pembayaran mengurus Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
  6. Mengurus perbelanjaan Amanah seperti pinjaman kenderaan/komputer.
  7. Mengurus tempahan tiket penerbangan.
  8. Menyelenggarakan akaun-akaun/kumpulan amanah , menyimpan rekod, menyediakan penyata penyesuaian.
  9. Menyelia penyata terimaan dan bayaran tahunan.
  10. Menyelia Perakaunan Hasil, Penyata Penyesuaian, anggaran hasil tahunan dan Laporan Akaun Belum Terima sehingga 31/12 setiap tahun.
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction