faq    hubungi   maklumbalas   peta




Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Web Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas kurnia dan nikmat Nya yang tidak ternilai kepada seluruh warga JBSN Kedah.

Seiring dengan perkembangan zaman, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang begitu cepat, JBSN Kedah telah merealisasikan hasrat dan dasar Kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan atas talian (on-line) dengan meluas dan lebih berkesan kepada rakyat melalui laman web ini. Ia menyediakan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda, kemudahan serta pelbagai info-info menarik di negeri Kedah khas untuk masyarakat terutamanya golongan belia.

Keutamaan saya adalah memastikan Laman Web ini sentiasa dikemaskini dengan maklumat-maklumat terkini kerana menyedari bahawa generasi belia pada masa kini tersedia dan lebih senang mencari maklumat melalui Internet disamping menjadi medium perantara dan menjadi suara kerajaan dalam mendekati golongan sasaran iaitu belia dan masyarakat.

Semoga Laman Web Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dapat memberi manfaat kepada semua penggunanya dan saya akan sentiasa memastikan Laman Web ini memaparkan maklumat terkini, tepat serta informatif. Semoga dengan usaha ini, hubungan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan masyarakat dapat diperkukuhkan dan bertambah erat seluas dengan inspirasi dan wawasan Negara. 

Harapan saya terhadap warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah agar usaha kita dalam memberi khidmat kepada masyarakat di negeri ini dapat diteruskan. Semoga kita dapat mengekalkan kejayaan serta mengukir kecemerlangan pada masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

 

HAJI MOHD SALLEH BIN RAMLI
Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction